Sunday, August 7, 2011

PASAR RAMADHAN ( PARAM ) ATAU BAZAR RAMADHAN ( BARAM ) ?


Bagi orang yang bekerja mesti susah nak reach rumah sebelum pukul 6 kan nak sediakan juadah berbuka? Lebih-lebih lagi yang kerja area KL pastu berkejar nak balik rumah especially yang duduk luar KL macam Cheras, Kajang, Bangi dan sewaktu dengannya. tak mungkin sempatnya. Paham-paham jelah traffic kat KL ni.

Sejak puasa ni, dari jalan duta pukul 5 petang sampai Kajang pun 710 malam macam tu. Kejam gila. Kalau tak puasa boleh lah jugak makan gula-gula atau jajan atau pun melalak karok lagu kat radio. Time puasa ni, dah menjelang petang, tenaga pun tinggal 10 percent je. Tenaga semua habis kat kerja: berlari-lari dari carpark ke kilang customer, sunbathing di quarry, main masak-masak dengan minyak hitam atau grease, main simen liat kat kilang simen. Kalau tinggal 10 percent tu Alhamdulillah dah tu.

Dengan keadaan dan tuntutan kerja macam tu, mustahil larat nak preparekan makanan berbuka kan? Kalau ikut hati sampai umah nak tidur je.

Nasiblah ada baram atau param. Baram atau Param ni shortform Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan. Kelakar pulak dengar bunyi Baram / Param. Anyway, kalau takde baram/param ni memang susah gila orang nak beli makanan berbuka especially yang berkerja kan?

Untuk korang, di bawah adalah senarai Bazar Ramadhan di sekitar Lembah Klang termasuk Kajang untuk tatapan korang.

KAJANG
  • Tapak Bazar Downtown, Reko Sentral
  • Dataran Prima Saujana
  • Jalan masuk ke SMAP Kajang
  • Tapak Pasar Malam Hentian Kajang
  • Depan deretan kedai Taman Zamrud
  • Depan deretan kedai di Sungai Jelok
  • Tapak pasar tani di Sungai Ramal
  • Taman Kajang Utama
SERDANG
  • Sebelah Bangunan Minlon
  • Taman Harmoni, Seri Kembangan
BANGI
  • PKNS Bangi
  • Tapak pasar malam Seksyen 1
SRI KEMBANGAN
  • Taman Pinggiran Putra
  • Taman Equine
  • Puncak Jalil
BANDAR KINRARA
  • Bandar Kinrara Sek 5
  • Taman Kinrara Sek 1
  • Taman Kinrara Sek 4
  • Tempat letak kereta Gerai UPEN Puchong Jaya
BANDAR TUN RAZAK
  • Taman Len Sen
  • bandar Tasik Selatan
  • Tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat penjaja bazar ramadhan pekan Sg Besi
KUALA LUMPUR
  • Sepanjang Jalan TAR sampai Jalan Alang
  • Chow Kit
  • Rampai Business Park
  • Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Tapak pasar malam Taman Melati
  • Taman Permata, Ampang
  • Jalan Wangsa Ukay 2, Bukit Antarabangsa
  • Ampang Water Front
  • Taman Kosas
Kalau nak tukar angin boleh lah sesekali try pergi kat jalan TAR ke, Bazar TTDI untuk beli juadah. kalau jumpa lagi akan diupdate lagi.

Selamat berpuasa dan berbuka buat semua umat Islam khususnya di Malaysia



1 comments:

CAYZAL said...

param downtown reko sentral not bad.. bnyak gerai,bnyk pilihan..
prima saujana besar.. kambing panggang dia terbaekk..
taman zamrud biasa je.. satu dua gerai je jual lauk.. lain jual kuih,murtabak,ayam percik..
sungai jelok pun sama mcm taman zamrud.. MPKj mcm tetapkan kuota tak lebih 20 gerai je.. sedih..
kajang utama jgn cakap la..
peniaga lagi ramai dari pengunjung..
PKNS bangi sesak..
nak makan nasi lain dari yg lain pegi sana.. nasi ambeng,nasi ujan panas,gerai nasi beryani banyak ingat.. gerai jual ayam panggang madu berempah org beratur mcm nak beli tiket bola masa Malaysia lwn singapore dulu..