CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 12, 2009

WALLA WEY..


Hahahahaha...

Gelak dulu...

Hehehehehe.. Gelak tak bersalah...

Lama gila tak blogging. Rindu betul nak ber-blog tapi sebabkan terlampau sibuk dengan hal duniawi dan ukrawi jadi hal blogging terpaksa diketepikan dulu. Lagipun malas nak kena kutuk lagi dengan orang pasal blog yang ntah apa2 ni. 

Sebulan lebih tak update apa-apa dalam blog ni. Dalam sebulan ni gak macam-macam jadi. Sumpah Lillah! Benda yang best pun ada. Benda tak best pun ada! Hahahaha.. tapi benda dah lepas tu lepas lah.. Buat apa nak kenang-kenang.

Untuk pengetahuan kekawan semua, officially saya akan tamat pekerjaan saya sebagai Service Engineer di HHC ni. Alhamdullilah, saya akan bertukar angin ke UMS pulak bulan Disember akan datang. Pada mulanya, ingat nak rehat kejap pastu awal tahun depan nak sambung belajar tapi dapat offer dari UMS rasanya sayang nak tolak plus post kali ni betul-betul related dengan mechanical dan palm oil. 

Since tolong Donk dengan business CPO die pertengahan tahun baru ni macam best plak bidang palm oil ni. Tu yang eager nak join field ni. Wish me luckla in this field sebab rasa excited pulak dapat kerja yang kita minat. Kerja before this tak berapa best sebab more to civil construction and environmentnya yg ... erkk!

hahahaha

hope i will stay for a few years for this job. Asyik tukar keje jerk..  Hehehehe


 

Saturday, September 26, 2009

FAVOURITE?

Kejadian ni berlaku before Ramadhan.

Ada seorang lelaki yang dikenali hantar email bertanyakan favourite saya. Tapi pertanyaan tu bukan sekadar tanya,

'Apa favourite awak?'

Tapi detail gila. Nak jawap pun kena pikir-pikir, menung-menung. Dia tanya dalam email tu,


Apa favourite color awak?
Apa favourite color lipstick awak?
Apa favourite color eyeshadow awak?
Apa favourite color bunga kesukaan awak?
Apa favourite jenama jam awak?
Apa favourite jenama handbag awak?
Apa favourite jenama perfume awak?
Apa favourite jenama kasut awak?
Apa favourite jenama shower gel awak?
Apa favourite jenama baju awak?
Apa favourite jenama aksesori awak?
Apa favourite gemstone awak?
Apa favourite jenama kereta awak?
Apa favourite color kereta awak?
Apa favourite tempat lepak awak?
Apa favourite tempat shopping awak?
Apa favourite tempat makan awak?
Apa favourite tempat karaoke awak?
Apa favourite cinema awak?
Apa favourite makanan awak?
Apa favourite minuman awak?
Apa favourite dessert awak?
Apa favourite appetizer awak?
Apa favourite bunga awak?
Apa favourite jenis kasut awak?
Apa favourite jenis dandanan rambut awak?
Apa favourite jenis jeans awak?
Apa favourite jenis skirt awak?
Apa favourite holiday awak?
Apa favourite tempat dating awak?
Apa favourite aktiviti masa lapang awak?
Apa favourite muzik awak?
Apa favourite filem awak?
Apa favourite actor/actress awak?
Apa favourite buah-buahan awak?
Apa favourite ice cream awak?
Apa favourite kuih muih awak?
Apa favourite frappucino awak?
Apa favourite carbonate drink awak?
Apa favourite pokok awak?
Apa favourite season awak?
Apa favourite negara awak?

Ini adalah sedutan daripada 'soalan favourite' email yang dia hantar saya paste. Panjang gila soalan favourite dia tanya yang saya rasa Donk pun tak pernah tanya pun. Saya pikir-pikir, tak payah layanlah email ni. Macam menakutkan. Tapi kalau Donk yang tanya mesti best jawap pastu dia tahu apa yang kita suka.

Tapi better Donk sendiri yang find out instead kita bagitau apa yang kita suka. Better macam tu. Baru challenging. Hahaha.

*Scary oh, soalan dia tanya.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wah... Pejam celik dah raya. Langsung tak ada entri pasal bulan puasa. Hahahaha. Bulan puasa busy sangatla. Tak ada masa nak menaip walaupun macam-macam hal ada or happened during Ramadhan. 

Hahaha... *Teringat my collegemate sebut Ramadhan tu Ramadhon with stress of dhon... Lawak gila.

Rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga Syawal ini memberi keberkatan kepada sesiapa yang menyambutnya. Tidak ketinggalan, mohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali saya. Kalau open house jangan lupa jemput. Hahahaha.


Wednesday, September 9, 2009

ISU KUIL SRI MAHA MARIAMMAN


Hot issue yang tengah panas sekarang ni. Baca paper je kisah ni, tengok yahoo malaysia kisah ni jugak, tengok berita online pun kisah ni lagi. Tapi rata-rata tak begitu jelas dengan pucuk pangkal issue ni. Yang tak tahu pokok pangkal, tiba-tiba nak ngamuk kononnya di dalangi oleh UMNO untuk jatuhkan pucuk kepimpinan kerajaan Selangor.

Saya sebenarnya terpanggil untuk buat entri ini selepas lepak-lepak dengan kawan-kawan minggu lepas. Kami lepak di Starbuck sambil gossip-gossip, perkara wajib kalau dah girls night outkan. Saya lepak dengan 3 orang kawan saya lepas kami semua berbuka diluar. Lebih baik saya gelarkan A, B dan C untuk mewakilkan mereka.

Actually my 3 girls ni bukan melayu tulen. Mereka ni dah jadi rojak. Malah, hubby and boyfriends bukan orang Islam so diorang ni terlalu liberal benda-benda yang berkaitan Islam and politics.

Salahsilah A:
- Ibu seorang berbangsa cina campur dutch
-Bapa berdarah melayu campur cina
-Hubby-british

Salahsilah B:
-Ibu berdarah melayu campur pakistan
-Bapa seorang berbangsa cina
-Boyfriend-Indian

Salahsilah C:
Ibu seorang berbangsa Melayu Jawa
Bapa seorang Cina Singapore
Bapa tiri seorang mat Saleh American
Boyfriend-Melayu yang hidup tak macam Islam (did you get what i mean?)

Nak dijadikan cerita:

Tengah borak-borak sambil minum frap, tiba-tiba A tanya,
"Girls, tell me something about what happened in Shah Alam. I didnt get the clear picture of it. Selama ini baca thru internet je. Apa cerita sebenarnya?"
(Dia ni baru balik dari UK untuk berpuasa sambil nak latih hubby dier yang baru first time belajar berpuasa)

Tiba-tiba si B menjawab dengan nada tinggi macam tak puas hati.
"Yup! That's one thing i hate about Malaysia's politics. Pasal kuil pun nak kecoh! Hei common kata 1 malaysia, takkan nak buat kuil pun salah! Sekarang ni bersepah surau and masjid and ada je dekat dengan rumah cina or india, azan semua, diorang tak bising pun. Nak buat kuil ni nak bising-bising plak. Close minded sangat melayu-melayu ni."

Saya tersentak. When she mention about melayu and said it in not proper way i felt i was insulted. 

Saya bersuara.
"It's not because of tak boleh dirikan kuil. Diorang marah sebab tapak tu dekat dengan kawasan perumahan orang melayu yang hanya 100 meter away. Kuil tu pulak located just 50 meter dengan surau seksyen 23. Diorang nak buat kuil yang terbesar di Shah Alam di atas kawasan yang 0.2 hektar luasnya yang hanya 50 meter jaraknya which cost almost 3 million. Shah Alam adalah kawasan melayu, sultan pun duduk situ. Orang india yang duduk dekat seksyen 23 hanya 40 orang berbanding orang melayu yang hampir 500 orang. Cuba fikir perasaan mereka."

B nak bela diri.
"Fikirkan jugak perasaan orang india. Diorang pun nak beramal beribadat jugak. Bukan orang melayu je. Ni buat demo, bawak kepala lembu and pijak-pijak kepala lembu. Takda rasa belas kasihan langsung pastu chanted 'Allahu Akhbar'. Itu je lah melayu.

A pun nak cakap jugak.
"That's why I malas nak follow malaysia's news masa kat sana. Benda kecil je tapi kecohnya sampai kat UK pun tahu."

C pun nak cakap gak.
"Girls, taknaklah cakap pasal ni. Bosan ok! Tau tak club blanc? Happening seyh! Nanti kita pegi sama jom?"

So perbualan pasal isu tu sampai situ je.

Sebelum saya nak kata apa-apa, i state some trivia about this matter:

*June 2009 - Datuk Khalid meluluskan dana sebanyak RM8 juta untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam. Datuk Xavier, pengerudi jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam  mendapat kelulusan dari Datuk Khalid untuk menghapuskan undang-undang had keluasan tanah sesebuah pembinaan rumah ibadat bukan Islam. Ronnie Liu mendapat kelulusan dari Datuk Khalid untuk menentukan bir bukan dalam kategori arak. Penduduk Shah Alam sudah mula bangkit mempersoalkan kedudukan Islam dalam kepimpinan pemerintah Selangor.

* 21 Julai 2009 - Permohonan untuk membina Pusat Latihan Skuad Penyelamat Malaysia ditolak sebab kerajaan selangor dah lulus nak buat kuil disitu. Penduduk seksyen 23 terkejut sebab tak ada berita sebarang perpindahan pembinaan kuil yang sepatutnya dibina di seksyen 19.

* 17 Ogos 2009 - 200 penduduk seksyen 23 berkumpul di pejabat Menteri Besar Selangor untuk membantah pembinaan kuil tersebut setelah pembinaan kuil itu bermula. Perbalahan di media pun bermula bila PKR dan PAS menyalahkan UMNO menjadi dalang.

*28 Ogos 2009 - Hampir 400 orang penduduk seksyen dan badan-badan NGO berarak di masjid Shah Alam ke Pejabat Menteri Besar Selangor sambil membawa kepala lembu yang diseumpamakan dengan Datuk Khalid seperti lembu dicucuk hidung dalan menjalankan tugas sebagai menteri besar.

*29 Ogos 2009 - 10 laporan polis dibuat oleh orang-orang India terhadap kepala lembu yang diarak dan dipijak seperti menghina agama Hindu.

3 September 2009 - pemimpin-pemimpin  PKR membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein kerana menyalahkuasa memberi perlindungan terhadap demonstrasi tersebut. Laporan di buat di balai polis Petaling Jaya yang diketuai oleh Ahli Parlimen Klang- Charles Santiago, Ahli Parlimen Kuala Selangor-Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli parlimen Kota Raja- Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor Xavier Jayakumar dan 21 pemimpin Pakatan Rakyat yang lain termasuk PAS dan DAP.

Inilah dinamakan baling batu tuding jari kat orang lain.

Kawan-kawan saya tak boleh dipersalahkan. Mereka dibesarkan dalam serba kemewahan dan tidak ada masalah pun. Mereka meluahka apa yang mereka fikir. Kita tak boleh halang apa orang nak luahkan betul tak? Mereka pun belajar diluar negara, tak ikut perkembangan malaysia dari awal walaupun sejarah SPM dapat A dan tak nak pikir pasal politik. Tambahan pulak kawan saya B bercinta dengan orang India, lagilah lain persepsi dia. hahaha

Saya sangat kesian dengan umat Islam di Selangor. Mereka membantah pembinaan kuil yang sebesar 0.2 hektar di taman perumahan orang Islam, akhirnya isu itu tenggelam dek gara-gara Pakatan Rakyat mesensasikan isu perarakan dan kepala lembu. 

So, Apa jadi dengan penduduk seksyen 23? Kuil diteruskan ke?

Saya pernah duduk dekat dengan surau dan kuil yang saling berdekatan. Agama Hindu mempunyai menganut yang sangat patuh pada ajarannya. Loceng, setanggi dan kemenyan adalah sebahagian daripada ritual mereka. Permulaan sembahyang mereka adalah di waktu matahari turun atau waktu maghrib kita. 

Bila mula sembahyang, penjaga kuil akan bunyikan ratusan loceng selama 10 ke 15 minit. Bila orang dah ramai, pembacaan mantera dibaca kuat disertakan setanggi dan kemenyan. Secara langsung boleh mengganggu jiran tertangga.

Tapi kami hanya bertolak ansur sebab penduduknya berbilang kaum. Inikan pulak di seksyen 23 yang semuanya melayu? 

Kuil diutamakan dari orang Islam dan melayu.

Apa dah jadi dengan janji yang macam-macam kononnya nak bela nasib orang melayu dan Islam seperti lupa janji dan hebohkan orang lain. Mana pergi janji-janji dan manifesto mereka yang kononnya nak bela nasib bangsa saya? Orang dari PAS pun senyap je bila isu arak boleh dijual berleluasa. Ini ke yang diorang perjuangkan? Pasal nama, pangkat dan wang ringgit, islam dan ketuanan melayu digadai?

Melayu sekarang macam menumpang je kat malaysia ni. Melayu dah jatuh nombor 3 bawah India. Ini ke yang kita nak?

Saya sedih dengan bangsa saya..


Monday, September 7, 2009

BESTEY BERTUNANG


Not too late to wish Selamat Bertunang to my bestie Elly.

Actually i'm not left out pun sebab saya datang di majlis pertunangan Elly dan habis picca nya saya jaja di Facebook. Hahahaha

Tapi sebab 'apa kes' baru nak update blog so barulah terselit wish Elly skali. 

Elly memang cantik that day and i can see through ajaq's reaction so startled when he saw Elly so damn stunning with that light blue dress and veil. You can see on ajaq's smile. Gila lebar. Hahahaha

Wish you all the best and kalau boleh kahwinlah cepat-cepat. Tak sabar nak makan nasi minyak anak pakcik Abdullah..




BI**H STAY AWAY FROM MY LIFE!

Antara perkara yang buat saya malas nak update blog baru-baru ni ialah:

bila a dumb a$$ biyatch showed her stupidity by interfere other people's life who don't even know her existance!

I received an email thru my yahoo account where there was a biyatch sent me an email about her unsatisfying regarding to my blog. She said she was my silent reader once and told me that im too exposed about my love life, what i have and my job which was boring and lame and bla la bla which was hurt me deeply. She asked me to close off my blog or i will make people puke of it.

Fucking hell! 

If my stories were bothering you that much, just sucks cock of any banglas rather than reading my stories. I never know you and i wish i will never meet you in future or will give a tight slap on your face. I will spit off to your face for hurting my feeling, talked bad about my family and my loved ones. You are not invited to my blog and my life. You are just a sicko and get a life! Stay away from my blog, my peoples and my life! 

*I was envied by people who is a loser and a tramp like you! It doesnt affect me at all slut... !


FUH!FUH! DUSTY..

Tak sangka dah lebih sebulan tinggalkan blog ni. Bukan lost interest in writing or what. Tapi lately banyak perkara yang berlaku sampai malas nak tulis kat sini. I really wish if i can write everything here and shares with my fellow friends but due to lack of time management, i manage to on my lappy only for emails, facebook and working stuff.

Tik! Tik! dah nak hujung tahun! Wow! Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam celebrate my birthday and received a proposal by him on Valentine's day which i rejected. Kesian you sayang. Next year try lagi ye mana tau i will say 'Jom!' Hahahaha.

In a few months, macam-macam saya dah buat. Dah attended a few of engagement and wedding, my sayang sick to death, shared my shoulder to my girls, lepaking sampai tak ingat subuh and kerja with 10 missed call by him, catfighting and etc. Yes, i'd been through that and I love it! 

I wish i can turn back time to my early 20's and have fun like the world is mine. Partying like hell, flirting, cursing, catfighting, spending time with my girls and the loved one and bla bla bla. Bila dah start working rasa macam im too focusing on my career without balance it with my social life and people that i care most especially family and the loved one. 

Because of work, i rather stay up till late and rush to working place on the next day without sleep.
Because of work, i missed my besties' party, reception and engagement due to out of town
Because of work, i forgot to wish my besties' labour and birthday due to too much thinking about quotations, BOM, client ethics and bla bla bla.
I missed everything that i used to do during my life before working.

But...

It's okay. Overall, i don't feel regret or something. That is what we call life. Life is a good teacher to survive in this cruel world as long you want to be a winner. I love them so much and i am proud to be me. 

Time flies so do us. 

Tuesday, August 4, 2009

TAHNIAH!

Nak ucapkan tahniah pada SyaNur, my schoolmate sebab bertunang pada 25hb Julai yang lepas.


Nak ucapkan tahniah pada Atie my schoolmate on your wedding on 1st August 2009.

Semoga ikatan kalian kekal hingga ke akhir hayat. Amin


Monday, August 3, 2009

FUCK DEMONSTRASI!!

Sambutan 3rd anniversary saya dicemarkan dan dimusnahkan oleh perusuh-perusuh celaka yang sibuk nak mansuhkan ISA. Pergi jahanam kamu semua!

*Saya tidak melibatkan fahaman politik semasa membuat statement ini. Saya mencaci atas dasar sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian sesama kita. 

Nak mansuhkan ISA susahkan kerajaanlah kenapa kena susahkan orang? 
Kenapa nak susahkan peniaga-peniaga kecil di jalan TAR dan sekawasan dengannya? 
Kenapa nak susahkan orang-orang yang sedang membeli belah di jalan TAR dan sekawasan dengannya?
Kenapa nak bahayakan orang lain dan rosakkan harta benda awam?
Kenapa nak berarak-arak di KL sampai sesak berjam-jam di jalan-jalan utama KL?

Kenapa nak gunakan cara demonstrasi merusuh sedangkan banyak medium lain untuk sampaikan niat mereka selain daripada cara ini yang menganggu keharmonian dan keamanan Malaysia?

Yang lebih memalukan majoriti perusuhnya adalah orang melayu dan ada yang memakai hijab dan ketayap yang berumur 35 tahun keatas kebanyakannya. Sedih saya lihat mereka kerana saya berada disekitar KL ketika itu dan terpaksa melarikan diri apabila mereka mula mengganas dan melemparkan batu dan sebagainya kepada FRU dan polis. Keadaan tidak dapat dikawal dan scene tersebut betul-betul seperti yang tgk dalam tv. Cukup menakutkan dan memalukan. Kalau adalah ibu bapa saya dikalangan mereka, saya mesti malu. Di usia begini mereka sepatutnya berehat dirumah, habiskan masa bersama keluarga, beramal ibadat bukan sibuk berarak, menjerit-jerit, bersentuhan tak kira jantina dan membahayakan diri menjuangkan perkara-perkara yang tidak relevan atau menegakkan syiar Islam. Apa nak jadi dengan mereka ni? Sibuk salahkan remaja dah rosaklah, kebaratanlah sedangkan golongan berumur dan senior pun lebih kurang sama. Salah golongan muda ke? Patutlah golongan muda semua tak minat nak mengundi dan politik. 

Terus terang saya katakan saya tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak berniat untuk mengundi. Bagi saya politik ibarat papan catur. Raja hitam dan putih kerah semua askar, kuda bertempur tapi dia berselindung disebalik kelicikannya untuk menang. Lebih-lebih lagi menonton orang tua-tua bergaduh di parlimen setiap pagi. Memalukan!

Letak jawatan je lah semua orang tua-tua di BN mahupun PKR. Bagi kami golongan muda perintah Malaysia. Senang cerita. 



MINGGU YANG PERIT


Minggu lepas adalah antara minggu yang  dasyat pernah berlaku pada saya. Dan minggu lepas jugaklah seminggu saya tak kerja. Bukan sebab saya ambik cuti nak pergi holiday tapi sebab nak jaga seseorang yang sakit. Siapa yang sakit? Hmm.. orang itu adalah Donk.

Pada 25hb Julai 2009 hari sabtu lepas, saya tidak dapat hubungi Donk. Handphone ditutup seharian sedangkan kami ada plan nak pergi ke majlis tunang kawan saya. Tunggu dia datang jemput atau call langsung tak. So saya sudah naik angin yang maksimum sebab saya memang senang naik angin kalau orang yang off handphone ni. Dari pagi sabtu tu sampai ke esok hari saya try call dan text tak boleh. Semalaman saya tak tidur memikirkan manalah pergi si mangkuk tingkat ni. Saya contact kawan-kawan takda yang tau. Saya pergi ke rumah sewanya pun takda. 

Petang ahad tu, saya terima panggilan dari nombor telefon public. Saya angkat. Rupanya Donk si mangkuk tingkat. Dia menangis. Saya dah pelik. Dia menangis sambil cakap so saya tak paham biji apa yang dia cakap. Yang saya paham dia kat rumah kawan dia di shah alam, dia pengsan semalaman, dia nampak hantu, dia nak balik tapi tak larat drive dan handphone pecah. Saya dah panik. Saya cakap nak saya datang jemput tak? Dia kata dia nak memandu sendiri. Dia akan gagah kan diri untuk datang rumah saya. Saya suruh dia kuatkan semangat dan hati-hati drive.

Selang 45 minit, dia sampai rumah saya. Saya pun keluar nak bukak pagar. Baru lepas pagar rumah saya dia pengsan. Saya dah panik. Saya terus masuk dalam panggil adik-adik dan mama. Kami semua ramai-ramai tarik Donk masuk ke dalam rumah. Masya Allah beratnya. Badan kurus tapi berat macam 100kg. Kami pelan-pelan tarik dia masuk. Baru tutup pintu, dia nangis tiba-tiba. Dia cakap nak bunuh diri. Dia nampak hantu tu la hantu ni la. Lepas tu dia ketawa. Sah la dia kena rasuk hantu. Masya Allah. Muka dia jadi hitam. Mata dia pun putih. Suara pun dah tukar dan asyik cakap "Dia ni hak aku! Aku punya!"

Keadaan dia memang tak stabil masa tu. Sekejap dia jadi diri dia, sekejap jadi orang lain. Masa dia sedar, dia cakap pegang dia kuat-kuat sebab dia tak boleh control badan. Benda tu suruh dia ambik pisau kat dapur tikam diri sendiri. Bayangkan kami bertiga pegang badan dan tangan Donk sambil baca ayat suci yassin dan kursi. Donk menggelupur sakit dan jerit-jerit. Masa tu kami dah call sepupu suruh datang tolong. Sepupu saya berat dia 105 kg duduk atas badan Donk pun boleh tercampak masa Donk kena rasuk.

Adik saya call papa yang kat masjid bagitau keadaan yang jadi. Papa terus balik dengan ustaz. Ustaz tu datang dan ubatkan Donk. Jadi adalah adegan 'bercakap dengan jin' yang dok dalam badan Donk. Ada 3 ekor. Ustaz tu halau jin-jin tu dan Donk kembali stabil tapi badan dia lemah gila dan lebam-lebam sebab kesan meronta. Kesian tengok dia. Ustaz tu cakap, Donk kena buatan orang. Nasib baik masa dia kena rasuk tadi dia bersama dengan orang so boleh halang dia kalau tak dia dah mati sebab jin dalam badan dia tu nak Donk mati. 

Menurut ustaz tu orang yang buat tu marah sebab cinta dia ditolak. Jadi dia nak buat takda siapa boleh dapat Donk kalau dia tak dapat dan mati. Dia buat perniagaan Donk terjejas, kami asyik gaduh supaya kami tak happy bersama, kami macam tak tenang bila bersama, Donk selalu sakit dan baran tak tentu pasal dan macam-macam lagi. Jahat betul manusia tu. Sedih betul saya dengar apa ustaz tu cakap. Sanggup sakitkan orang lain sehingga maut semata-mata sebab marah. Yang lagi sedih kami tahu angkara siapa dan manusia itu adalah kenalan rapat kami. 

Saya nampak Donk macam sugul bila ustaz bagitau angkara siapa.  Bila ustaz dah balik dan keadaan dah tenang saya tanya Donk apa yang jadi antara Donk dengan manusia tu. Donk bagi tahu, bulan 2 lepas, manusia tu ada datang jumpa Donk dan luahkan perasaan. Dia mintak Donk tinggalkan saya dan sanggup bagi duit 5 angka sebagai balasan tinggalkan saya dan couple dengannya. Donk maki dia dan cakap dia tak setanding dengan saya. Dia ada warning Donk yang Donk akan menyesal sebab tak pilih dia. Tapi selang 3 hari dia text tanya khabar jadi Donk ingat dia sekadar cakap dan tak maksudkan apa-apa. Tak sangka dia balas sampai macam ni.

Ustaz suruh Donk banyak berehat dan datang berubat ke rumah dia untuk sembuh sepenuhnya. Jadi setiap hari kerja saya bawak Donk pergi berubat sampai benda tu betul-betul hilang dari badannya. Sekarang Donk dah mula okay. Banyak sifat-sifat buruk dia dah hilang dan dia dah jadi Donk yang saya mula-mula jumpa dulu. Alhamdullilah. Sampai sekrang dia masih berubat.

Saya tak faham kenapa masih ada orang yang gunakan ilmu hitam untuk lepaskan kemarahan pada orang lain? Yang lagi saya tak faham, manusia itu kenal saya tapi masih tak tahu malu nak kan Donk. Saya tak faham kenapa perempuan sanggup jatuhkan maruah mereka dan ganggu hak orang lain? Ini bukan kali pertama saya diuji dengan hal yang melibatkan orang ketiga. Tahun ni saja dah 6 orang mintak couple dengan Donk, sanggup tinggalkan bf dan ada yang beranikan diri mintak saya relakan dia jadi gf kedua Donk atau undur diri. Masuk akal tak? Mereka pun bukan orang lain, kawan lepak sesama dan ada yang dah kenal bertahun-tahun.

Sampai Donk dah tukar no banyak kali supaya tak diganggu masih tak reti-reti bahasa. Perempuan sekarang memang menakutkan. Sangat menakutkan. Kadang-kadang kawan pun tak boleh percaya. Kita lepak sama-sama lepas tu nak rampas bf orang. Dugaan betul zaman bercinta ni. Kalau dah kawin nanti tak taula apa pulak yang datang. Serius takut.



Sunday, July 26, 2009

FULL ANGERED


He did it again! He just can be tied only for several months then he did it.. again..! Oh God. Help me..


Tuesday, July 21, 2009

TAHNIAH!

Musim orang kahwin dan tunangkan sekarang.. Hahahaha

Nak ucap tahniah kat my coursemate siti rohaidah yang selamat melangsungkan perkahwinannya pada 18th July lalu

Nak ucap tahniah pada Fauzan Izzati my schoolmate yang bertunang pada 18th July yang lalu gak

Nak ucap tahniah jugak pada Khalidah, my very-very close friend masa secondary dulu yang bertunang pada 19th July yang lalu.

Nak ucap tahniah jugak pada Jep yang berkahwin pada 19th July yang lalu gak

Nak ucap tahniah jugak-jugak pada my cyber friend, Pearl yang berkahwin pada 19th July yang lalu gak

Seronok sangat kalian menemui jalan kebahagiaan. Ucap Selamat!! Yay!


KEPUTUSAN MUKTAMAD

Setelah berfikir sedalam-dalamnya, rasanya lepas raya ni jadi penganggur kot.


Habislah...


Sunday, July 19, 2009

KENDURI KESYUKURAN DAN TAHLIL


Pada awal bulan Julai baru-baru ni, kami ada buat kenduri kesyukuran dan tahlil. Parents yang nak buat pada 4 haribulan. Sepatutnya nak buat dalam bulan June tapi saya sibuk bebenar. Sheena pun busy practical jadi semua orang setuju buat on 4th July. Tak buat kenduri besar-besaran pun setakat menjemput jiran sebelah menyebelah dan semua saudara-mara yang terdekat. 

Majlis mula lepas maghrib dan makanan kami cater saja. Tak ada masa nak masak memandangkan semua orang busy tapi mama still prepare dessert puding sagu gula merah. Jenuh gak lah nak membuatnya. Kenduri ni kami jemput dalam 50-60 orang saja. Tu pun macam nak patah pinggang nak buat persiapan. Kosongkan rumah, Angkat sofa, etc. Menu hari tu adalah nasi beriyani. Rasa seronok sangat sebab ramai saudara yang sekitar kajang, semenyih dan cheras datang. Terima kasih sebab sudi datang meramaikan untuk bacaan yaasin dan tahlil buat mereka yang telah pergi. 

Gambar-gambar yang berjaya diambil tatkala tengah busy. Jurugambarnya tak ingat.


Kenduri dah selesai. 

Donk busy tambah nasi sebab dah habis

Hafiz, my bff Amean JK, me and Donk

Selepas kenduri, semua orang dah balik, waktu untuk picca-picca
(Poyo gila kami self time camera atas stool)


Sebelum kenduri, semua orang tanya kenapa buat kenduri kesyukuran sebab lepas raya tahun lepas dah buat. Adakah majlis pertunangan saya? Hahahaha. Wajiblah tak. Jenuh nak sangkal orang cakap ' ni majlis tunang ke' masa kenduri. Sudah semestinya tidak. Tapi insya Allah. Kalau ada jodoh tak ke mana kan. Tunggu rumah siap dulu. Sementara tu enjoy puas-puas lepas tu taklah rasa ralat kalau dah kahwin. 

Muahahahahahaha....! ( gelak jahat ) 


ADA APA DENGAN CINTA

Copy from blog Tam.

Jangan marah ek.


Ada Apa Dengan Cinta

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.
Ulasan:
terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.


Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.


Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda Cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. 

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.


Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.


Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai. Renungkanlah.

Ulasan saya:
Konsep cinta saya simple je. As long kita cinta dan sayang seseorang, kita takkan tergamak nak lukakan hati si dia. Kalau dah sayang, hargailah masa-masa bersama. Kalau bergaduh, pikir-pikirlah kebaikan yang pernah dia buat. Kalau dah jemu, berbincanglah untuk perbaiki hubungan, kalau dah rasa burden dan terkongkong lagi sakit jiwa, lepaskanlah dia untuk kebaikan semua pihak. 


Sunday, July 12, 2009

PERLUKAH?

Kalau nak resign, okay tak? Sebenarnya dah letih dengan kerja yang tak tentu masa ni. Weekend pun tiada masa nak keluar berpoya-poya, ngedate dan shopping. Free masa saja, aktiviti yang lazimnya dilakukan hanyalah tidur, baring-baring, tengok tv dan ngadap lappy. Sekarang ni kalau shopping pun online saja atau Donk belikan kalau dia berkenan. Sebab betul-betul tak larat dan tiada masa nak pergi shopping mall. 

Makan lagilah. sebab terlampau penat pernah sehari tu makan breakfast saja. Balik rumah ingat katil dan bantal. Kalau kerja hari ini esok orang tanya nak buat follow up memang tak boleh recall sebab memang tak ingat. Apsal lah bos still simpan pekerja sengal macam saya ni?

Percaya tak saya tak tengok Transformers lagi? Hahahaha. Kalau orang tanya, rata-rata semua gelak dengar tak tengok movie paling ngetop 2009 ni tapi itulah hakikatnya. Movie terakhir yang saya tengok adalah.... movie apa erk? Kejap tengah ingat. Erm.. tak ingat. Dalam wallet ada a few tiket wayang yang dah beli tapi tak guna lagi. Kejap nak check. Ada movie ticket filem Star Trek, Angel and Demon dan  Drag me to Hell. Lepas tu, dah malas nak beli ticket awal-awal. Plan-plan lepas tu tak jadi. Ni semua gara-gara masing-masing terlampau sibuk ngalahkan pak menteri. 

Sebenarnya dah penat sangat dengan kerja macam ni. Ke hulu hilir outstation tak henti-henti. Weekends semua orang isi masa berehat dengan keluarga, holiday, dating, shopping, jalan-jalan, tengok wayang, lepak dengan kawan-kawan. Tapi saya, asyik berjemur bawah matahari, pergi site meeting, site visit, jumpa supplier, pergi seminar dan driving 3-4 jam ke utara, timur dan selatan. 

Saya dah letih sangat. Dah bosan dengan tempat kerja ni sampai kalau orang tanya apa kerja yang saya buat saya jawap pendek saja, 
"Buat kerja macam orang lain buat." 
Tak minat nak explain sebab dah tak larat nak pikir lagilah kena ingat balik. A big NO!

Kepala otak ni memang fikir nak stop. Tapi kalau stop, nak cari kerja baru lagi, nak pergi interview lagi, nak menunggu lagi. Tapi kalau tak resign jiwa tertekan, hubungan saya makin jauh dengan family, Donk, kawan-kawan, aktiviti-aktiviti saya.

Actually kalau bertahan dalam bidang ni boleh pergi jauh. Sebab dari sini bos kita senang nak evaluate sebab kita handle projek dan represent company. So feedback daripada clients dan vendor boleh bantu kita dapat good or bad impression. 

Tapi apakan daya, saya hanya seorang perempuan yang tak boleh berjauhan dengan family dan orang tersayang. Korbankan cuti yang sepatutnya hari ke spa dan saloon, tengok wayang, lepak dengan Donk untuk jumpa cina-cina kontrak yang mulut bau beer dan rokok dunhill, dengar orang-orang yang tak sedar umur diorang cakap besar dengan projek-projek diorang, meeting tak sudah macam tak boleh bincang time office hour, belum lagi happy hour.

Kalau nak resign nak bagi alasan apa? Kalau tempat kerja dulu bagi alasan nak sambung belajar tapi kalau bagi alasan yang sama tak best pulak. Kenapa ada orang boleh tahan kerja macam ni? Saya betul-betul salute lah sapa yang tahan kerja dalam bidang technical and services ni. 
Aku dah bapak bosan!!!!!!

Nota kaki: Pertama kali luahkan perasaan pasal kerja sampai tahap macam ni. Haha..


Saturday, July 11, 2009

AKTIVITI AKTIVITI MASA TERLEBIH


Ahad 2 minggu lepas, saya tinggal sorang kat rumah. Dah tiada benda nak buat, saya keluarkan camera daripada handbag dan 'skodeng' kucing saya bobob. Dengan gaya ala paparazzi, skodengla kucing kesayangan saya yang hanya satu ni. Ke hulu ke hilir ikut ekor bobob dapatlah ambik gambar dia. Saya nak share kat sini di antaranya. 


Pic dengan pose perasan bagus
"Apa pandang-pandang? Ada utang ka?"

Pic dengan pose gatal-gatal malas mandi
"Alamak! Gatalnya telinga ni. Nak korek telinga tak reti pegang cotton bud."


Pic dengan pose malu-malu segan
"Janganlah ambik gambar saya,  saya malu. saya hitam.."

Pic dengan pose muka bosan
"Dari tadi asyik sibuk amik gambor je tuan aku ni! Xde privacy langsung!"


Pic dengan pose gatal
" Hm, i looiikee...!"

Nampak sangat tiada kerja nak buat. Sememangnya tiada kerja nak buat. Parents keluar dengan Sheeka. Sheena pergi ngedate. Donk sibuk dengan businessnya. Terpaksalah lepak dekat rumah sambil qadha' tidur dan rehat setelah weekdays sibuk kerja mcm kuli. Susahnya lah jadi kuli ni. Tak sabar nak jadi bos. Hahahaha



YUM! YUM! YUM!


Saya pernah makan di Restoran Lemon milik Penerbit filem yang terkenal dengan filem perasan bagus tapi dah lama dululah. Last month, dah tak tahu nak makan kat mana jadi papa syorkan makan kat Lemon di Metro Point Kajang. Macam saya cakap tadi saya pernah makan disini tapi masakan dia.. urgghh!! tahap tak sedapnya. Harga dahlah mahal melampau. Tapi papa dah nak makan, ikutkan aje.

Mama order ikan sweet sour, tomyam, telur bungkus, sup tulang, kangkung goreng belacan, kerabu mangga, daging masak merah, sotong goreng dan udang goreng butter. Bila dah sampai semua lauk, saya asyik tengok udang goreng butter je. Udang goreng butter Lemon bukan ada butter dan telur tapi ada taburan nestum kat atasnya macam gambar kat bawah.

Udang dah habis masuk perut, tinggal nestum je. 
(Ni kes lambat ambil gambar, gambar lauk lain tak sempat ambil)

Masya Allah, sedapnya udang goreng butter kat Lemon ni. Semua lauk dia dah improve a lot. Semua dah cukup garam, dah ada rasa dan dah boleh dikategori sedap tapi harga mahal jugak. Tapi boleh makanlah lagi kat Lemon ni kalau dulu memang dah tak pandang.

Kalau ada duit lebih bolehlah makan sini. Sebenarnya makanan dia takdalah mahal sangat kalau order nasi goreng ke, mee kungfu ke, western ke. Tapi dia mahal kat seafood dan lauk-lauk sebab penggredan bahan-bahan makanan dia macam ikan, sotong, udang etc. 

Cubalah makan. Tapi interior dia tak best langsung. Dinding semua poster filem-filem metrowealth yang tahap longkang. Lampu malap buat suasana macam dalam filem hantu dia saja. 



COUSIN BERTUNANG


Bulan lepas cousin saya, Febby bertunang. Kami berdua memang rapat sebab umur pun beza saya setahun saja. Masa kecik-kecik dulu, selalu jugak overnight kat rumah dia, slumber party, main solek-solek, nyanyi-nyanyi dan menari ala spice girls. Hahaha *Kantoi cerita zaman kanak-kanak aku. 

Sekarang ni, dah besar rupanya adik ku sorang ni dah nak jadi isteri orang pun lepas raya ni. Seperti biasa kalau pergi majlis keluarga sudah semestinya soalan cepu emas tidak ketinggalan kena tanya. "Bila nak kahwin" Pasal ni lah yang malas nak jumpa keluarga yang lelain tu. Jawapan play safe adalah..... "Belum sampai seru" Hahahahaha..

Okay, cousin saya ni bertunang di rumahnya di Serendah dan majlis nikahnya akan diadakan selepas raya dalam bulan Oktober. Pertunangan dia simple tapi just nice. Tapi untung dia ramai yang sponsor hantaran sampai jadi 21 dulang. Patutnya 11 dulang berbalas 9 dulang dari pihak lelaki tapi dah jadi 21 dulang pulak. Rezeki orang nak bagi. Takkan nak tolak pulak.



Lawa tempat tunang dia. Benda ni panggil apa yek?


Tengah berdebar sebelum jumpa bakal mak mertua. 


Febby tengah disarungkan cincin oleh bakal mak mertua nya

At last, Febby telah selamat menjadi tunangan orang dan sekarang tengah counting days untuk hari bergelar isteri. Ramai family yang datang tengok Febby bertunang. Anak-anak uncle saya ni nama dia memang unik-unik. Kakak yang pertama namanya Ika Melinda, yang sorang ni Febby Efyana dan adik bongsunya nama simple je Norhasreena. Hahaha. Dah abis idea kot. 

Semoga pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin. Amin. Cantik betul kamu Febby. Tak sia-sia bayar mak andam mahal-mahal.  Nanti boleh recommend. Hehehe


Friday, July 10, 2009

FATHERS DAY N SHEENAS DAY


Bulan lepas kan ada sambutan fathers day yang kebetulan dekat-dekat dengan birthday Sheena, adik kedua saya. Jadi kami celebrate sekali la. Papa nak kek aiskrim so saya beli kek aiskrim dan Sheena macam biasa kek mesti nak chocolate mud. Tiap-tiap tahun nak kek tu. So celebratelah sekali dengan kfc. Tak tau nak tulis apa lagi. Sebab dah lamakan? Hahahaha. Lately plak saya ni macam selalu ada short term memory loss. Cepat terlupa especially hal kaitan dengan kerja. Risau gak ni. Ni symptom-symptom nak kena penyakit alzheimer ke? Atau ada blood clog dalam otak? Atau ada tumor? Risaula plak.. Melampaunya risau sampai merapu..


Sheena tayang jam baru