Sunday, July 31, 2011

HARIMAU MALAYA VS SINGA TIRUAN


Okay, mungkin entry ni macam dah agak basi tapi peduli hape kan?


Mungkin bahang perlawanan antara Malaysia versus Singapura belum pun reda kan? Dekat suratkhabar atau pun mass media pun sibuk tengah tuding jari nak salahkan siapa atas kekalahan ni kan? Dah kalah nak buat macam mana, still ada time dan peluang lagi kan? Yang penting sukan bola sepak Malaysia semakin mendapat tempat dan mula meraih perhatian semua golongan tak kira bangsa dan agama. Itu yang paling penting compare dengan sambutan peminat bola tempatan 5 tahun dulu.

Seantero dah tau Khamis lepas yang bertarikh 28th Julai 2011, adalah perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura untuk kelayakkan pusingan ketiga untuk World Cup 2014 di Brazil. Pada perlawanan sebelumnya, Malaysia ketinggalan dengan 3-5 semasa perlawanan pertama mereka dekat Singapura. Jadi, perlawanan dekat Bukit Jalil ni akan jadi penentu dan pemecah rekod negara kita yang selama ni tak pernah lepas pusingan kedua. Sudah semestinya, ribuan peminat bola sepak tempatan nak negara kita dapat masuk ke pusingan ketiga kan?

Sambutannya yang di luar jangkaan, dengan 85,000 tiket habis dijual. Sudah pasti malam 28th Julai digamatkan dengan sorakkan peminat Harimau Malaya. Dan yang bestnya, I was among the 85,000 Harimau Malaya's spectators that night! Aummm!

Petang tu, me and my sister fetch my sister's BF di rumah nya di area Bukit Jalil dan sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pukul 6 petang. Masya Alllah, ramai tahap gaban orang kat sana. Belum kira yang dah masuk stadium sebab gate bukak pukul 430 petang. Gila lah dengan semua berjersey kuning atau biru, conteng-conteng muka, kibar-kibar bendera, tiup trumpet kecik macam vuvuzela. Memang super meriah. Semangat gila rasanya nak tengok match ni.

me with my sister sebelum masuk stadium. Siap gantung trumpet kat leheq lagi naa..

tempat duduk kami. kami duduk kat tingkat atas. dekat atas penyokong Singapura.

Tengok tu! Stadium penuh wei!

Malaysia vs Singapura

Semua player Malaysia tengah panaskan badan secara berirama sebelum berlawan

Masa ni tengah line up untuk nyanyi lagu kebangsaan negara masing-masing. Masa time lagu kebangsaan Singapura, spectators semua boo kuat-kuat dan buat bising. Macam tak baiklah macam tak hormat je, Tapi paling best masa lagu Negaraku, semua orang nyanyi dengan penuh semangat. Bayangkan suara lebih 85,000 orang kat dalam stadium nyanyi kuat-kuat! Dengan bergema lagi! Meremang bulu-bulu i nok! Macam meresap semangat harimau ala-ala waris jaris hantu rasa dia. Serius weh tak tipu! Memang betul-betul 1 Malaysia! Syabas Malaysian!

Perlawanan pun dah start. Penonton non stop bersorak bagi semangat nak-nak masa Safee sumbat 1 goal lepas masa kedua.

Ni kumpulan Ultra Malaysia macam penyokong kipas mati Harimau Malaya la. Non stop cheers walaupun semua orang dah penat sorak sebab goal tak masuk-masuk lagi.

Man of the match, Khairul Fahmi Che Mat. Hebat tahap gaban mamat ni. Bertubi-tubi pemain Singapura sepak bola nak masuk goal, semua dapat tangkap macam Superman pulak dia ni. Dengar-dengar dah putus tunang, so sekarang ni officially single la kan? Bertambah ramai la perempuan-perempuan kat luar sana angau dengan Encik Apek ni.

Walau macamana pun, langit tak selalunya cerah. Masa kita semua sibuk bersorak kegembiraan lepas Safee sumbat 1 goal, pastu Singapura pun tembus gawang Malaysia dengan menyamai mata Malaysia. Masa tu, nampaklah muka memasing macam kecewa dan harapan untuk layak ke pusingan ketiga semakin gelap.

Muka masing-masing dah penat. tambah dengan lapar and frust lepas SIngapura sumbat 1 goal

Masing-masing terkesima dan duduk senyap sebab dah pasti Malaysia memang takkan berjaya mara ke pusingan seterusnya. Singapura akhirnya berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dengan aggregat 6-4.

Masa ni player-player Malaysia tengah round satu stadium lepas habis match pastu buat body language macam mintak maaf sebab hampakan rakyat Malaysia. Kesian diorang terutamanya Apek dan Safee sebab nampak sangat diorang frust gila. Dah takde rezeki lagipun diorang pun muda lagi kalau nak bandingkan dengan player-player Singapura yang berpuluh-puluh kali lebih berpengalaman.

Rakyat Malaysia pun sangat sayang dengan harimau Malaya dan sama-sama bangun bagi standing ovation kat player-player Malaysia. Masa ni macam sebak pulak. kan bagus rakyat Malaysia sporting macam ni.

Rupanya sporting orang Malaysia ni sekejap je. Perangai poyo datang jugak. Bila player-player Singapura nak masuk stadium, ada malaun-malaun yang berfikiran jumud telah baling botol berisi air dan sampah dari arah penonton yang duduk dekat atas. Ada yang kena kat penonton bawah, ada yang kena kat polis sampai polis dan FRU dah start berkerumun dan mengiringi player Singapura untuk masuk ke dalam stadium. Malu betul perangai! macam baru keluar dari hutan ja.

Yang menang wajiblah pergi celebrate, yang kalah nganga jela. Cuba lagi next time. Masa korang panjang lagi. Kalah pun bukan kalah teruk, at least kalah bermaruah.

Bila dah tamat, semua orang berderu keluar nak balik. Yelah, esoknya nak kerja. TIme tu pun nak dekat pukul 11malam. Bayangkan 85,000 ribu orang keluar serentak dengan pagar selebar 18 kaki je diorang bukak. Masya Allah, time nak keluar tu macam sardin pack die. Nasiblah takde asma atau semput, kalau ada memang konpem jalan malam tu.

Masa ni sebelum masuk kereta. Nak keluar dari Bukit Jalil pun makan masa 1 jam gak sebab jalan jam gila gaban punya. Dah penat jerit, melombat, memaki, memamun mestilah laparkan. Lepas match terus shoot pergi Kampung Baru makan. Masa turun macam segan jugaklah sebab memalam buta datang Kampung Baru dengan jersey harimau malaya rupanya ramai je orang dari stadium datang lepak kat sini.

Walau bagaimana pun, tabik spring dengan Harimau Malaya sebab ada player yang sangat berbakat macam Apek, Safee, Amirul Hadi, Gurusamy dan lain-lain. Diorang semua ni kalau di polish lagi lebih boleh je sampai peringkat ketiga, keempat dan seterusnya. Lepas ni banyak-banyaklah practice dan rancanglah strategy masa main. Jangan main tendang je.

Tapi malam tu memang best gila. Terharu tengok orang melayu, orang cina, orang india dan orang lain-lain datang sesama berkumpul kat stadium, pakai baju memasing lebih kurang sama, pastu nyanyi lagu negaraku sesama. Indah betul perasaan time tu. Betullah cakap Zeus, sukan je yang mampu menyatupadukan semua orang. Sebab tu Zeus adakan sukan Olympic.

Macamana pun untuk Harimau Malaya, AUMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 28, 2011

BZ, BZier, BZiest or BZ Body?

Sebenarnya ada banyak benda nak update tapi semuanya sangkut kat draft tak publish. Hahaha. Sengal gile~

Thursday, July 21, 2011

TANPAMU.. HUHUHU...




Ni version soundtrack untuk nurkasih the movie




Ni lyrics lagu ni. Sedih pulak dengar lagu ni. Macam ada kena mengena je. Motif?

Tanpamu

Tanpamu hidup jadi sunyi Em A
Tanpamu ku seakan mati D G
Tanpamu bagai malam tanpa bintang Em F# Bm
*
Tanpamu aku kan tersesat Em A (Gm C)
Tanpamu tiada lagi hasrat D G (F Bb)
Tanpamu seakan jantungku berhenti Em F# B (Gm A D)
Kau yang terindah dalam hidup ini Em A (Gm C)
Dan takkan pernah berubah selamanya D G (F Bb)
Aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu Em F# B (Gm A D)
Tanpamu nafasku terhenti, kernamu aku ada disini Em A D G
Tetap bersamaku selalu di sampingku Em F#
Untuk selamanya, untuk selamanya Bm A G F#
Back to *
Kau yang terindah dalam hidup ini Em A(Gm C)
Dan takkan pernah berubah selamanya D G (F Bb)
Aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu Em F# B (Gm A D)
Kasih yakinlah kepada diriku Em A(Gm C)
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu D G (F Bb)
Dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu Em F# Bm (Gm A Dm)
Kasih yakinlah kepada diriku Em A(Gm C)
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu D G (F Bb)
Dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu Em F# G (Gm A Bb)
Cintaku padamu, cintaku padamu F# Bm (A Dm)


BERIBU SESALAN


Selalu dengar lagu ni masa drive pergi kerja. Nyanyian oleh Shila, Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Superb collaboration. Lagu pun best. Music video pun not bad.




Enjoy!!


CHALLENGE FOR HARI RAYA



Challenge yang di sahut untuk Hari Raya akan datang.

Dalam masa sebulan target nak turun 5 kg, and drop 5 inch untuk pinggang dan hip.

Saya dah bersedia.

Anda, bagaimana?

Muahahahahahaha! *Gelak jahat......



Wednesday, July 20, 2011

NAK MAKAN FREE, DAPAT MALU FREE





Mesti korang ada dapat coupon macam kat atas. Ramai yang forward-forward pastu print pastu beratur kat Mc Donalds dengan harapan dapatlah makan GCB free tapi untuk pengetahuan korang. Coupon ni penipu. Coupon ni tak dikeluarkan oleh Mc DOnalds dan website Mc Donalds dah sahkan perkara ini yang pihak mereka tidak keluarkan apa-apa coupon yang berkenaan dengan burger baru mereka iaitu GCB.

Harap korang semua tak terkena dengan tipu helah orang yang takde kerja nak mengena orang ni. Teruk betul diorang ni. Takde kerja tapi nak malukan orang.


Tuesday, July 19, 2011

CAN A FAMILY MAN SURVIVE RM3000 SALARY IN MALAYSIA?


Apa korang rasa? Nampak tak motifnya disitu? Kan? kan? kan?


VEGETARIAN FOOD. DAEBAK WEI!


Sudah menjadi lumrah, kalau balik dari kilang poultry mcm Ayamas, Dinding or seangkatan dengannya, mesti macam insaf gegila tak nak makan ayam. Mana taknya, cuba korang bayangkan, korang tengah servis or tengah measure conveyorkan, pastu dekat atas kepala ada ayam hidup tengah jerit tolong-tolong kena gantung jalan pergi pastu senyap bila masuk bilik sebelah sebab dah kena sembelih.

Dengan bau darah hanyir dan trauma jeritan-jeritan ayam meminta tolong seperti pembunuhan beramai-ramai di Tebing Gaza, korang lalu lagi ke nak makan ayam? Lebih-lebih lagi rasa diri ni kejam gila sebab biarkan pembunuhan beramai-ramai tu berlaku. Memang jadi poyo kejap bila dok dalam kilang tu.

Dah setel keje, waktu lunch pun dah tiba. Sebab diri dan kepala otak ni dah trauma dengan hal ayam tadi wajibla apa benda yang related dengan ayam tak masuk list untuk juadah lunch. Dan seperti biasa kalau tak mampu nak tengok ayam, vegetarian foodla jawabnya.

Kat Jalan Ipoh atau Kepong ni banyak gila makanan untuk vegetarian. Untuk yang melayu dan beragama Islam, korang jangan risau pasal isu halal kalau pergi restoran vegetarian ni sebab memang telah disahkan halal dan bersih dari minyak masak sampai ingredient lauk pauk adalah terdiri daripada soya, sayur-sayuran dan tauhu.




Ni antara lauk die. Yang kanan tu ikan sweet sour ( kepingan soya dibalut dengan seaweed), kari tauhu, tauhu taucho dan sayur kacang panjang.

Kalau korang pergi kedai vegetarian, memang excited sebab banyak lauk pelik-pelik. Diorang pun ada udang, ayam, ikan, seafood tapi semua diperbuat daripada soya dan tauhu.

Excited tak? So pergilah cuba di restoran vegetarian yang berdekatan dengan anda.