Thursday, August 4, 2011

TOPIK PAGI DI HOTFM: LALANG.


Semalam, topik pagi dekat Hot FM pasal lalang. Mereka mendefinisikan lalang sebagai orang yang tak punyai ketetapan dalam pendirian, sekejap side sini sekejap side sana.

Tapi mostly caller yang call sume macam lari tajuk. Mostly yang call sume berkisahkan curang.

Hello? Korang tak reti bezakan ke lalang dan curang?

Siap ada satu caller perempuan umur pertengahan 20-an ni, mengaku bercinta sakan dengan suami orang walaupun isteri kepada si suami tu dah tau hubungan diorang dan dalam peringkat nak ke alam rumah tangga. Cara dia cerita tu macam bangga dapat tangkap laki orang dan siap cerita family dia pun dah kenal laki tu.

Aduh, pelik dengan perempuan sekarang. Memanglah Islam tak melarang lelaki berpoligami tapi rasanya kalau boleh elak, cuba lah elak. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat wife si suami tu, baru 3,4 tahun kawin, laki dah gatal nak kawin lagi satu. Apa rasa?

Perlu ke war-war kan dengan nada bangga ceritakan kisah dia dapat tackle suami orang yang 1 pejabat? Sedih dengan perangai perempuan sekarang. Di beri akal dan edukesyen yang tinggi tapi tak boleh fikir kesan dan akibat tindakan sendiri pada orang lain.

Memang jodoh di tangan Allah, tapi kalau tak cari jodoh takkan datang sendiri. kalau usia tu muda, carilah orang lain. Kesian kat wife orang tu.

Bila dengan topic tu, mostly caller yang call sume ada kekasih gelap dan pernah curang walaupun usia perkahwinan diorang belum reach 10, 20 atau 30 tahun. Perempuan dengan lelaki sama hebat ni. Si perempuan ada kekasih gelap, si lelaki ada perempuan simpanan. Gila kentang diorang ni. Tak puas joli jangan lah kawin. Kesian anak-anak sebab parents bagi teladan macam tu. Tak mustahil anak-anak akan dapat impact dan kesan daripada tindakan parents diorang yang guna kepala lutut dan ikut nafsu. Kesan tu akan effect dari segi sosial, pemikiran dan life anak-anak tu.

Renung-renungkanlah. Perkahwinan tu sesuatu yang ikatan yang suci yang Allah akan anugerahkan anak-anak sebagai bonus sesuatu perkahwinan. Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perkara yang haram tapi tanggungjawab. Kalau nak pikul tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri pun tak boleh, inikan sebagai parents pada anak-anak. Punca utama masalah sosial berleluasa di kalangan remaja adalah disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Bayangkan, anak-anak dibawah jagaan kita pun dah terjebak dengan masalah sosial, inikan pulak lepas diorang habis belajar dan hidup sendiri? Cuba bayangkan.

Pernah terpikir tak?


1 comments:

ELLY said...

hahaha...aku pon dgr topik ni kat hot fm...x phm gak knp ramai citer psl curang...pelik tul ngan diorg ni, muda2 dah ada skandal...mcm xder keje lain nak wat...