Sunday, July 31, 2011

HARIMAU MALAYA VS SINGA TIRUAN


Okay, mungkin entry ni macam dah agak basi tapi peduli hape kan?


Mungkin bahang perlawanan antara Malaysia versus Singapura belum pun reda kan? Dekat suratkhabar atau pun mass media pun sibuk tengah tuding jari nak salahkan siapa atas kekalahan ni kan? Dah kalah nak buat macam mana, still ada time dan peluang lagi kan? Yang penting sukan bola sepak Malaysia semakin mendapat tempat dan mula meraih perhatian semua golongan tak kira bangsa dan agama. Itu yang paling penting compare dengan sambutan peminat bola tempatan 5 tahun dulu.

Seantero dah tau Khamis lepas yang bertarikh 28th Julai 2011, adalah perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura untuk kelayakkan pusingan ketiga untuk World Cup 2014 di Brazil. Pada perlawanan sebelumnya, Malaysia ketinggalan dengan 3-5 semasa perlawanan pertama mereka dekat Singapura. Jadi, perlawanan dekat Bukit Jalil ni akan jadi penentu dan pemecah rekod negara kita yang selama ni tak pernah lepas pusingan kedua. Sudah semestinya, ribuan peminat bola sepak tempatan nak negara kita dapat masuk ke pusingan ketiga kan?

Sambutannya yang di luar jangkaan, dengan 85,000 tiket habis dijual. Sudah pasti malam 28th Julai digamatkan dengan sorakkan peminat Harimau Malaya. Dan yang bestnya, I was among the 85,000 Harimau Malaya's spectators that night! Aummm!

Petang tu, me and my sister fetch my sister's BF di rumah nya di area Bukit Jalil dan sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pukul 6 petang. Masya Alllah, ramai tahap gaban orang kat sana. Belum kira yang dah masuk stadium sebab gate bukak pukul 430 petang. Gila lah dengan semua berjersey kuning atau biru, conteng-conteng muka, kibar-kibar bendera, tiup trumpet kecik macam vuvuzela. Memang super meriah. Semangat gila rasanya nak tengok match ni.

me with my sister sebelum masuk stadium. Siap gantung trumpet kat leheq lagi naa..

tempat duduk kami. kami duduk kat tingkat atas. dekat atas penyokong Singapura.

Tengok tu! Stadium penuh wei!

Malaysia vs Singapura

Semua player Malaysia tengah panaskan badan secara berirama sebelum berlawan

Masa ni tengah line up untuk nyanyi lagu kebangsaan negara masing-masing. Masa time lagu kebangsaan Singapura, spectators semua boo kuat-kuat dan buat bising. Macam tak baiklah macam tak hormat je, Tapi paling best masa lagu Negaraku, semua orang nyanyi dengan penuh semangat. Bayangkan suara lebih 85,000 orang kat dalam stadium nyanyi kuat-kuat! Dengan bergema lagi! Meremang bulu-bulu i nok! Macam meresap semangat harimau ala-ala waris jaris hantu rasa dia. Serius weh tak tipu! Memang betul-betul 1 Malaysia! Syabas Malaysian!

Perlawanan pun dah start. Penonton non stop bersorak bagi semangat nak-nak masa Safee sumbat 1 goal lepas masa kedua.

Ni kumpulan Ultra Malaysia macam penyokong kipas mati Harimau Malaya la. Non stop cheers walaupun semua orang dah penat sorak sebab goal tak masuk-masuk lagi.

Man of the match, Khairul Fahmi Che Mat. Hebat tahap gaban mamat ni. Bertubi-tubi pemain Singapura sepak bola nak masuk goal, semua dapat tangkap macam Superman pulak dia ni. Dengar-dengar dah putus tunang, so sekarang ni officially single la kan? Bertambah ramai la perempuan-perempuan kat luar sana angau dengan Encik Apek ni.

Walau macamana pun, langit tak selalunya cerah. Masa kita semua sibuk bersorak kegembiraan lepas Safee sumbat 1 goal, pastu Singapura pun tembus gawang Malaysia dengan menyamai mata Malaysia. Masa tu, nampaklah muka memasing macam kecewa dan harapan untuk layak ke pusingan ketiga semakin gelap.

Muka masing-masing dah penat. tambah dengan lapar and frust lepas SIngapura sumbat 1 goal

Masing-masing terkesima dan duduk senyap sebab dah pasti Malaysia memang takkan berjaya mara ke pusingan seterusnya. Singapura akhirnya berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dengan aggregat 6-4.

Masa ni player-player Malaysia tengah round satu stadium lepas habis match pastu buat body language macam mintak maaf sebab hampakan rakyat Malaysia. Kesian diorang terutamanya Apek dan Safee sebab nampak sangat diorang frust gila. Dah takde rezeki lagipun diorang pun muda lagi kalau nak bandingkan dengan player-player Singapura yang berpuluh-puluh kali lebih berpengalaman.

Rakyat Malaysia pun sangat sayang dengan harimau Malaya dan sama-sama bangun bagi standing ovation kat player-player Malaysia. Masa ni macam sebak pulak. kan bagus rakyat Malaysia sporting macam ni.

Rupanya sporting orang Malaysia ni sekejap je. Perangai poyo datang jugak. Bila player-player Singapura nak masuk stadium, ada malaun-malaun yang berfikiran jumud telah baling botol berisi air dan sampah dari arah penonton yang duduk dekat atas. Ada yang kena kat penonton bawah, ada yang kena kat polis sampai polis dan FRU dah start berkerumun dan mengiringi player Singapura untuk masuk ke dalam stadium. Malu betul perangai! macam baru keluar dari hutan ja.

Yang menang wajiblah pergi celebrate, yang kalah nganga jela. Cuba lagi next time. Masa korang panjang lagi. Kalah pun bukan kalah teruk, at least kalah bermaruah.

Bila dah tamat, semua orang berderu keluar nak balik. Yelah, esoknya nak kerja. TIme tu pun nak dekat pukul 11malam. Bayangkan 85,000 ribu orang keluar serentak dengan pagar selebar 18 kaki je diorang bukak. Masya Allah, time nak keluar tu macam sardin pack die. Nasiblah takde asma atau semput, kalau ada memang konpem jalan malam tu.

Masa ni sebelum masuk kereta. Nak keluar dari Bukit Jalil pun makan masa 1 jam gak sebab jalan jam gila gaban punya. Dah penat jerit, melombat, memaki, memamun mestilah laparkan. Lepas match terus shoot pergi Kampung Baru makan. Masa turun macam segan jugaklah sebab memalam buta datang Kampung Baru dengan jersey harimau malaya rupanya ramai je orang dari stadium datang lepak kat sini.

Walau bagaimana pun, tabik spring dengan Harimau Malaya sebab ada player yang sangat berbakat macam Apek, Safee, Amirul Hadi, Gurusamy dan lain-lain. Diorang semua ni kalau di polish lagi lebih boleh je sampai peringkat ketiga, keempat dan seterusnya. Lepas ni banyak-banyaklah practice dan rancanglah strategy masa main. Jangan main tendang je.

Tapi malam tu memang best gila. Terharu tengok orang melayu, orang cina, orang india dan orang lain-lain datang sesama berkumpul kat stadium, pakai baju memasing lebih kurang sama, pastu nyanyi lagu negaraku sesama. Indah betul perasaan time tu. Betullah cakap Zeus, sukan je yang mampu menyatupadukan semua orang. Sebab tu Zeus adakan sukan Olympic.

Macamana pun untuk Harimau Malaya, AUMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!

0 comments: