Monday, July 11, 2011

KL GANGSTER ke??


Finally dapat gakla tgk KL Gangster... kat youtube. hahaha. Thanks sesangat pada sapa yang upload. Tak ada koroje nak beli DVD ori mahupun haram mahupun subscribe astro first.

So far cite KL Gangster ni.... boleh la. setakat 3 bintang lepasla. Untuk hiburan bolehla. Cite ni mcm kisah dalam seminggu lepas malik tu kuar dari penjara je. Balik2 gaduh2. Cabar2, serang tak tentu pasal, lu gua lu gua, gaduh balik pastu cari pasal. Serius cite ni macam berlaku dalam seminggu je lepas Malik keluar penjara.

Scene gaduh biasa je la. kalu tgk cerita Hong Kong macam Young and Dangerous tu lagi sharp cara pergaduhan die. Malik lawan sume bunga ada. Boxing ada, karate ada, ala2 Ong Bak pun ada. Lawak gak la. pastu die lawan macam tak sharp sangat. Mungkin badan besar sangat kot. Tak larat nak lompat lebih macam Adiputra and Soffi Jikan.

Watak Shark ni sangat2 annoying. Kalu wa jadi Malik, keluar penjara, 1st thing wa buat wa bunuh itu Shark. Sangat meloyakan cara die cakap yang acah2 mat kool kawan ku tu. Cakap normal je tak boleh ke. Pastu memang nak bajet cool and asyik nak berdengus je. Nasib ko la kan. Dah ko yang mengarah cerita KL Gangster ni.

Apa-apa pun kudos la kat lu 'Sol' sbb filem lu berjaya. Lu ayahanda ka, lu abang long ka, wa tada hati mau tengok cite lu kat wayang. Youtube sajork!


1 comments:

ELLY said...

hahahaha...lawak2...lama ko x update blog...lps ni update la selalu...suka baca citer ko ;)