Monday, July 18, 2011

WHAT BODYTYPE ARE YOU?


Manusia dilahirkan berbeza-beza. Dengan genetik dan keturunan juga boleh mempengaruhi macamana rupa dan bentuk tubuh badan kita. Kalau parents korang mempunyai ketinggian yang paras normal, korang yang lahir akan mempunyai ketinggian yang normal ataupun lebih tinggi dari parents korang. Standardla kan. So kalau korang pendek, pepaham sendirilah yek?

Untuk wanita kan, ada 4 jenis bentuk badan. antaranya ialah:
  1. Apple (ukuran dada atau melon korang besar pastu pinggang kebawah kecik)
  2. Banana ( body macam pembaris. pepaham sendiri jela kalau dah body pembaris macamana kan?)
  3. Pear ( ukuran punggung kebawah korang lagi besar dari ukuran dada)
  4. Hourglass ( ni ukuran orang-orang yang mantap mcm Rozita Che Wan dan sewaktu dengannya. Rasanya tak perlu dihuraikan *jealous mode)


Korang rasa, korang dikategori mana? Adakah apple, banana, pear dan hour glass?

Tau tak korang, memalui bentuk-bentuk badan ni, kita boleh determine macamana tuan tubuh badan tu makan, keadaan blood circulation dan sebagainya?

Seperti wanita yang berbentuk tubuh badan apple, biasanya simpan lemak diorang kat abdominal region. Kalau tak caya cuba check. Orang-orang yang berbentuk apple ni slalunya ada punggung kecik tapi ada boobies yang besar dan saiz pinggang yang agak lebar. Jangan tak tau, orang yang bentuk badan apple ni mostly lemak diorang terkumpul kat kawasan internal organ.

Bunyi macam bahaya tak?

Lemak-lemak ni for sure la bahaya sebab dok berkumpul dekat kawasan internal organ yang boleh menjadi penyebab kepada tekanan darah tinggi, mengurangkan ransangan insulin yang boleh menjadi penyebab kepada sakit jantung dan kencing manis.

lagi tinggi ratio pinggang korang dengan hip korang, lagi tinggi risiko untuk mendapat penyakit.

Sekiranya korang rasa korang dalam kategori bentuk badan apple, sudah tiba masanya korang mesti buat something. Ubah bentuk badan korang ke hour glass atau pear. Banyak cara untuk korang ubah bentuk badan apple korang dengan cara senaman, diet dan amalkan pemakanan yang sihat.

Sementara tengah muda ni, tak salah rasanya nak kelihatan cantik untuk ketrampilan diri dan insan tersayang kan? kan? kan?





0 comments: