Wednesday, July 13, 2011

CITER ALA-ALA KARAK NO 1


Well, sekarang ni pegi memana blog sume ada kisah seram and pengalaman dengan hantu. Ramai pulak orang share cerita dan pengalaman masing-masing. Terlanjur sekarang ni cerita hantu tengah hawt kat pasaran atau istilah encik mamat si pudenskaper tengah 'dope' sekarang ni. Mai ceq chita yang ceq tau plak naaa....

CERITA #1
Masa S (bukan nama sebenar) di zaman belajarnya di UNITEN (bukan nama sebenar jugak) sekitar tahun 2003, S banyak pengalaman berkaitan dengan hantu. Antaranya, semasa S sedang menelaah subject Mechanics of Material sempena mid term semakin dekat di bilik hostelnya, S telah diganggu oleh sesuatu. S selalu study sambil pasang lagu di playlist winamp di laptop.

Zaman tu lagu belum la up macam sekarang. Zaman tu, lagu melayu yang up pun lagu Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan seangkatan dengannya. Al maklumla era awal 2000. Masa tu pun muka Siti Nurhaliza pun tak lawa macam sekarang. Al maklumla dulu takde Simplysiti. Tapi S ni tak layan sangat lagu melayu sangat era tersebut. S layan lagu omputeh dan Mandopop je. Lagu melayu pun 80s dan 90s saja. Jadi wajibla anda dapat bayangkan apa lagu-lagu terkandung dalam playlist si S ni.

Sedang si S ni sedang layan lagu 'The Distillers' sambil menghafal formula, S rasa bowsan plak dgn lagu punk rock yang terjerit-jerit ni. Tengok jam hampir 1.30 pg. S tetiba rasa nak tukar lagu jiwang-jiwang plak. S bangun dari katil pergi ke meja study dan pilih lagu jiwang.

Pilihan S adalah lagu 'Istana Menanti' nyanyian Rahim Maarof. Start je lagu. S pun ,melangkah ke katil dan semi baring di katil sambil buku teks Mechanics of Material dan nota-nota di riba. Alunan lagu Istana Menanti memecah keheningan malam dengan begitu syahdu sekali. Suara Rahim Maarof bergema di bilik yang hanya 10 kaki x 25 kaki tu.

Lagu best dan jiwang tu sudah pastinya S tak dapat tumpukan pada nota-nota kerana dia ikut sama-sama berduet dan menjadi penyanyi latar untuk Rahim Maarof.

Habis sudah lagu Istana Menanti, S rasa tak puas. S rasa nak dengar lagi lagu tu. Emosi Istana Menanti dah meresap dalam sanubari S. S bingkas bangun dan melangkah ke meja study sambil scroll up playlist winamp. Tapi S rasa pelik.

Kenapa masih ada kedengaran lagu Istana Menanti sedangkan lagu tersebut sudah habis? Rasa pelik mula menyelubungi S. S mencari-cari arah alunan muzik seakan-akan orang sedang berhumming.

S melangkah perlahan-lahan ke tingkap mengikut arah muzik tersebut. Die selak perlahan-lahan langsir berjalur-jalur itu. Dalam hati debaran jantung seakan nak meletup. Fikiran tak henti-henti meneka apakah yang berada disebalik langsir itu.

Langsir berjalur itu diselak perlahan-lahan. Jantung berdegup pantas. Semakin pantas...

Alangkah terkejutnya S apabila melihat sesuatu berbaju putih yang sedang duduk membelakangi tingkapnya yang menyerupai seorang wanita berambut panjang yang amat. S berfikir, tak mungkin ada orang boleh duduk di lidah tingkap yang hanya 3 inci lebar dan tingkap itu adalah tingkap bilik di tingkat 3. Semakin lama semakin kuat hummingnya. Rupanya makhluk itu suka sangat lagu Istana Menanti. S makin kaget dan tak mampu berbuat apa-apa. Umpama impuls dari saraf lambat benar sampai ke otak untuk bagi arahan seterusnya.

Sambil humming, makhluk tersebut seperti sedar ada manusia kaget dibelakangnya, mula menoleh perlahan-lahan. Lantas S seperti halilintar, berlari keluar dan hanya sempat mencapai kunci kereta. Dengan baju tidor yang seadanya melekap di badan, S berlari ke kereta di belakang hostel memandu pecut keluar dari perkarangan UNITEN, menuju ke rumah keluarga yang jauhnya hanya 7 kilometer dari hostelnya.

Hahahahahahahahahahahaha! Barangkali begitu lah helaian makhluk itu melihat gelagat S yang lari ketakutan.

Seram tak??


0 comments: