Sunday, July 17, 2011

ASAL USUL TUALA WANITA ATAU PAD


Korang sume khususnya wanita tau tak asal usul dan sejarah macamana pad ataupun tuala wanita dicipta?

Kesedaran keperluan tuala wanita sudah bermula sejak zaman Mesir kuno lagi. Pada masa tu, golongan wanita Mesir hanya guna daun papyrus yang dah dilembutkan dan dibentukkan mcm bentuk tampon sekarang ni. makin lama makin upgrade sehinggalah pada tamadun yunani, golongan wanita yunani dah mula gunakan bahan macam kapas, serat sayuran, rumput kering dan kain yang dimasukkan dalam beg yang seakan-akan poket panjang yang diikat di pangkal paha.

Pada tahun 1867, bermula inovasi menstrual cup yang dimasukkan dalam beg kecik dan diikat dipinggang. Masa tu seluar dalam belum ada lagi atau pun belum ada designer yang reka. Jadi diorang hanya akan pakai mentrual cup ni bila datang haid je. Tapi zaman tu, kalau korang pakai menstrual cup ni, maknanye korang bukan calang-calang wanita sebab harga mentrual cup ni agak mahal dan tak boleh basuh pastu pakai untuk bulan depan. Jadi wanita miskin still maintain pakai style lama iaitu kain yang boleh dibasuh-jemur-pakai semula.

Masa zaman perang dunia pertama, ada sorang nurse ni yang tetiba terpikir kalau guna kapas pembalut luka para tentera tu untuk jadi tuala wanita okay jugak sebab kemampuan kapas pembalut luka tu boleh tampung darah daripada luka dan tidak perlu dicuci seperti kebiasaan mereka yang guna kain sebagai pad.

Pada tahun, 1920, Brand pertama tuala wanita iaitu Kotex yang menjadi perintis dalam industri tuala wanita telah dilancarkan di Amerika. Since tu, orang dah start tukar dari kain lipat kecik-kecik ke tuala wanita atau pad.

Inovasi dari kapas, wool fiber ke gel semakin di update oleh pengeluar-pengeluar pad ni ke hi technology untuk keselesaan pengguna.

jadi korang dah tau lah serba sedikit macamana terwujudnya tuala wanita ataupun pad ni sekarang kan? kan? kan?


0 comments: